MPAJ komited sokong pendidikan menerusi Anugerah Kecemerlangan Pelajar SRIA Al-Wahidah

21 Dis 2025, 2:00 AM
MPAJ komited sokong pendidikan menerusi Anugerah Kecemerlangan Pelajar SRIA Al-Wahidah
MPAJ komited sokong pendidikan menerusi Anugerah Kecemerlangan Pelajar SRIA Al-Wahidah

SHAH ALAM, 21 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terus komited menyokong agenda pendidikan setempat menerusi penyertaan dalam Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Khatam Al-Quran 2025 anjuran Sekolah Rendah Islam Al-Wahidah, baru-baru ini.

Menurut MPAJ, majlis berkenaan diadakan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik serta penghayatan al-Quran dalam kalangan murid, selari dengan usaha membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

"Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Ts. Hasrolnizam Shaari hadir menyantuni warga sekolah, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan itu dalam menyokong pembangunan pendidikan di Ampang Jaya," menurut pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, selaku tetamu kehormat.

MPAJ merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang diraikan serta penghargaan kepada pihak sekolah atas penganjuran majlis yang teratur dan sarat dengan nilai murni.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619