Dua remaja cedera motosikal dihempap pokok tumbang

21 Dis 2025, 12:00 AM
Dua remaja cedera motosikal dihempap pokok tumbang
Dua remaja cedera motosikal dihempap pokok tumbang

GEORGE TOWN, 21 DIS: Dua remaja cedera ringan selepas motosikal dinaiki dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran sebuah hotel di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kejadian sekitar 7 malam itu turut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Insiden melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda dan sebuah motosikal dinaiki dua remaja lelaki dan perempuan masing-masing berusia 17 dan 12 tahun dengan kedua-dua mereka cedera ringan manakala lelaki berusia 64 tahun yang memandu Hilux tidak cedera.

“Kedua-dua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh anggota di lokasi sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah membuat size up di lokasi dan menjalankan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan sisa pokok tumbang menggunakan peralatan khas sebelum operasi ditamatkan pada 7.57 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619