Polis tumpas sindiket dadah antarabangsa, nilai rampasan RM1.53 bilion

20 Dis 2025, 9:57 AM
Polis tumpas sindiket dadah antarabangsa, nilai rampasan RM1.53 bilion
Polis tumpas sindiket dadah antarabangsa, nilai rampasan RM1.53 bilion
Polis tumpas sindiket dadah antarabangsa, nilai rampasan RM1.53 bilion
Polis tumpas sindiket dadah antarabangsa, nilai rampasan RM1.53 bilion
Polis tumpas sindiket dadah antarabangsa, nilai rampasan RM1.53 bilion

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa menerusi empat serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya turut menahan masing-masing tiga lelaki dan wanita warga asing berusia 24 hingga 39 tahun dalam serbuan itu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.53 bilion.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket terbabit menyewa sebuah banglo tiga tingkat di Cheras dan Sungai Chua, Kajang untuk memproses dan menyimpan dadah berkenaan di sebuah premis berasingan di Kajang sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa.

Hasil serbuan terbabit, polis merampas 18,537 kilogram dadah jenis kokain, ketamin dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

“Kita percaya sindiket ini aktif sejak April lepas dan disyaki menggunakan pelbagai cara untuk mengedar dadah, termasuk menggunakan kaedah kontena dengan mengisytiharkan maklumat palsu dalam borang kastam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Hussein berkata pihaknya turut merampas dan menyita tiga kereta jenis Cherry Omoda, Toyota Vios, Honda Accord, dua kenderaan Toyota Forklift dan sebuah lori jenis Isuzu yang dianggarkan bernilai RM389,000.

Tiga lelaki tempatan terbabit disyaki bertindak sebagai penjaga stor serta menguruskan rumah kediaman dan premis perniagaan yang dijadikan makmal haram memproses dadah, manakala tiga wanita warga asing ialah teman wanita mereka.

“Ujian saringan air kencing mendapati tiga lelaki positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine serta seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

“Kesemua mereka direman tujuh hari hingga 23 Dis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 19532,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619