200 pelajar Taman Medan terima baucar RM100, kelengkapan sekolah

20 Dis 2025, 6:30 AM
200 pelajar Taman Medan terima baucar RM100, kelengkapan sekolah

PETALING JAYA, 20 DIS: Seramai 200 pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan menerima baucar RM100 dan kelengkapan asas sekolah menerusi program Kembali Ke Sekolah sebagai persediaan sesi persekolahan baharu tahun hadapan.

Penyelaras DUN Taman Medan, Halimey Abu Bakar berkata bantuan itu disasarkan kepada keluarga berpendapatan rendah dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

“Antara syarat lain ialah ibu bapa mestilah pengundi di DUN Taman Medan. Setiap keluarga layak menerima bantuan untuk dua orang anak dengan baucar bernilai RM100.

Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar beramah mesra bersama penerima ketika program serahan Bantuan Masuk Sekolah di Dataran Anak Muda PJS 1, Petaling Jaya pada 20 Disember 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Baucar berkenaan boleh ditebus dalam bentuk pakej kelengkapan sekolah merangkumi kasut, seluar, baju dan stokin. Sekiranya ibu bapa ingin membeli barangan tambahan seperti sepasang kasut lagi, mereka boleh menambah dengan bayaran sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan di Dataran Anak Muda PJS, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

Menurut Halimey, peruntukan program itu disalurkan melalui penyelarasan DUN Taman Medan dengan sokongan Kerajaan Negeri.

“Saya berharap baucar ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima. Mudah-mudahan sumbangan kecil ini dapat membantu, dan saya mendoakan agar anak-anak ini terus maju serta berjaya dalam kehidupan dan pelajaran mereka,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619