Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - polis

19 Dis 2025, 3:17 PM
Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - polis

SEREMBAN, 19 DIS: Identiti sebenar mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata keadaan itu berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

“Kita telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang dipercayai milik keluarga mangsa dan proses mendapatkan keputusannya akan mengambil masa.

“Bedah siasat telah dijalankan hari ini di Hospital Rembau, namum punca kematian diklasifikan sebagai ‘undetermined’ berikutan keadaan jasad yang telah mereput,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata tangkapan terbaharu bagi membantu siasatan kes berkenaan melibatkan suspek utama berusia 51 tahun yang ditahan di Genting Sempah, Pahang pada 3.09 petang tadi selepas tangkapan suspek pertama di Melaka, semalam, menjadikan dua individu ditahan setakat ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619