Sukan SEA 2025: Skuad hoki lelaki pertahan pingat emas, benam Thailand 8-0

19 Dis 2025, 7:12 AM
Sukan SEA 2025: Skuad hoki lelaki pertahan pingat emas, benam Thailand 8-0
Sukan SEA 2025: Skuad hoki lelaki pertahan pingat emas, benam Thailand 8-0
Sukan SEA 2025: Skuad hoki lelaki pertahan pingat emas, benam Thailand 8-0
Sukan SEA 2025: Skuad hoki lelaki pertahan pingat emas, benam Thailand 8-0

CHONBURI, 19 DIS: Ledakan hatrik Amanraj Sarwan menyemarakkan kemenangan Malaysia 8-0 menentang Thailand, ketika skuad hoki lelaki negara menepati sasaran meraih pingat emas dalam aksi final di Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.

Turun dengan misi melebarkan dominasi emas acara hoki padang di setiap edisi temasya itu, anak buah Sarjit Singh bagaimanapun perlu menunggu sehingga penghujung suku pertama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhajir Abdu Rauf.

Malaysia meningkatkan rentak permainan sejurus perlawanan bersambung dalam suku kedua dan berhasil melebarkan jurang selepas mencetak dua jaringan masing-masing hasil jaringan padang Faiz Jali pada minit ke-27 dan Aiman Rozemi selang seminit kemudian.

Suku ketiga, tambahan jaringan keempat dihasilkan Fitri Saari pada minit ke-42.

Malaysia melengkapkan suku terakhir dengan menambah empat lagi jaringan bermula dengan Alfarico Liau pada minit ke-50 sebelum Amanraj mencetak hatrik (55',57',60').

"Kami memang menjangka pingat emas ini, namun bukan jaringan sebegini banyak. Satu hal untuk diketahui bahawa pingat itu mampu dimenangi, tetapi anda tetap perlu bermain dengan cemerlang untuk meraihnya,” kata Sarjit selepas perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia kini mengumpul 18 pingat emas bagi acara hoki padang lelaki sejak penyertaan dalam temasya dwitahunan itu bermula di Kuala Lumpur pada 1971 hingga edisi terakhir di Kemboja pada 2023.

Sepanjang tempoh tersebut, skuad negara hanya sekali menamatkan saingan selaku naib juara iaitu pada Sukan SEA 1973 di Singapura.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619