Haiwan peliharaan dilarang di Sunway Square, pastikan kawasan bersih, selamat

18 Dis 2025, 3:20 PM
Haiwan peliharaan dilarang di Sunway Square, pastikan kawasan bersih, selamat

SHAH ALAM, 18 DIS: Pusat beli-belah Sunway Square melaksanakan dasar tidak membenarkan haiwan peliharaan berada di kawasan dalam bangunan tersebut.

Menerusi kenyataan pengurusan Sunway Square memaklumkan keputusan itu diambil bagi menjamin persekitaran yang bersih, selamat dan selesa buat pengunjung.

"Namun begitu, haiwan peliharaan dialu-alukan di kawasan luar yang mesra haiwan peliharaan iaitu Squarrel’s Playground yang terletak di Sunway South Quay Lake," menurut kenyataan itu.

Langkah itu turut membenarkan pemilik haiwan membawa haiwan peliharaan melalui kawasan tempat letak kereta di aras B3 dan B4 ke zon luar yang ditetapkan, dengan pemantauan pasukan keselamatan premis berkenaan.

"Kami menghargai kefahaman serta kerjasama komuniti dalam memastikan pengalaman yang menyeronokkan dapat dinikmati pengunjung sama ada berkaki dua mahupun berkaki empat," tambahnya.

Dasar baharu ini selaras dengan kenyataan EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim yang menegaskan tiada pusat beli-belah di negeri ini dibenarkan menerima pengunjung bersama haiwan peliharaan.

Beliau memaklumkan, Kerajaan Negeri sedang meneliti semula garis panduan berhubung perkara itu bagi memastikan ia tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengusaha dan masyarakat.

Terdahulu, tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut menegaskan larangan membawa haiwan ke premis tertutup.

Larangan itu dibuat atas faktor kebersihan, keselamatan dan sensitiviti masyarakat majmuk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619