Warden penjara meninggal dunia selepas pulang periksa rumah dinaiki air

18 Dis 2025, 7:12 AM
Warden penjara meninggal dunia selepas pulang periksa rumah dinaiki air

KUANTAN, 18 DIS: Warden Penjara Penor ditemukan meninggal dunia selepas pulang untuk memeriksa keadaan rumahnya yang dinaiki air di Taman Seri Inderapura di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata mangsa Muhammad Hariri Kamarudin, 26, yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, dilaporkan keluar bersendirian kira-kira 1 pagi tadi untuk melihat keadaan rumah keluarganya yang dinaiki air sedalam kira-kira satu kaki.

Beliau berkata bapanya menghubungi mangsa selepas mendapati Muhammad Hariri masih belum kembali ke PPS hingga 10 pagi tadi, sebelum pulang ke rumah mencari anaknya itu.

“Bapa mangsa yang kembali ke rumah menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap di ruang tamu yang dipenuhi air sebelum membawa mangsa ke PPS menggunakan kenderaan sendiri dengan bantuan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata pihaknya ke PPS berkenaan pada 11 pagi dan mendapati mangsa berada dalam kenderaan Mitsubishi Triton sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat.

“Mayat mangsa tiba di HTAA pada kira-kira 1 tengah hari dan bedah siasat dijalankan petang ini. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619