30 jasad sekeluarga ditemui di bawah runtuhan rumah di Gaza

17 Dis 2025, 7:25 AM
30 jasad sekeluarga ditemui di bawah runtuhan rumah di Gaza
30 jasad sekeluarga ditemui di bawah runtuhan rumah di Gaza
30 jasad sekeluarga ditemui di bawah runtuhan rumah di Gaza
30 jasad sekeluarga ditemui di bawah runtuhan rumah di Gaza

BANDARAYA GAZA, 17 DIS: Pasukan Pertahanan Awam Gaza semalam menemukan 30 jasad daripada satu keluarga sama di bawah runtuhan rumah mereka di bahagian barat Bandaraya Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Mangsa merupakan ahli keluarga Salem, yang terkorban pada 19 Disember 2023 dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di kawasan kejiranan al-Rimal di Bandaraya Gaza, menurut Pertahanan Awam dalam satu kenyataan.

Seramai 60 ahli keluarga itu dipercayai maut dalam serangan berkenaan.

Rumah itu merupakan lokasi pertama yang dimasukkan dalam kempen terancang yang dilancarkan oleh Pertahanan Awam bagi mencari ribuan rakyat Palestin yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan musnah di Semenanjung Gaza.

Operasi mencari akan diteruskan menggunakan peralatan terhad, termasuk sebuah jentera pengorek, bagi mengeluarkan jasad dari runtuhan, menurut agensi itu.

Israel telah membunuh hampir 70,700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619