Dua ratus pelajar B40, asnaf sekitar Klang terima kelengkapan sekolah

16 Dis 2025, 7:58 AM
Dua ratus pelajar B40, asnaf sekitar Klang terima kelengkapan sekolah

SHAH ALAM, 16 DIS: Seramai 200 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan asnaf sekitar Klang menerima bantuan kelengkapan sekolah sempena Program Back to School pada 14 Disember.

Ahli Majlis bagi 13 kawasan di Klang Dato' Zuraidah Mohd Said berkata setiap pelajar menerima baucar RM100, beg sekolah dan set alat tulis yang diagihkan bersama ketua kampung dan guru besar.

"Kerjasama padu ini memastikan bantuan disalurkan kepada murid yang benar-benar layak, sekali gus memberi semangat dan keyakinan kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan 2026 dengan lebih positif," katanya dalam kenyataan.

Bantuan diserahkan Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussein.

Dalam pada itu, Zuraidah berkata daerah Kapar berkembang pesat dengan kewujudan pelbagai taman perumahan baharu serta pertumbuhan kawasan perindustrian yang semakin maju.

Menurutnya, pertumbuhan itu bukan hanya membuka peluang ekonomi baharu, malah memerlukan penyelarasan perkhidmatan lebih cekap dan berkesan.

"Melalui kerjasama erat antara Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan pemimpin komuniti setempat, kita memastikan pembangunan ini dilaksanakan secara tersusun, lestari dan memberi manfaat langsung kepada penduduk," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619