Bekas pengurus rugi RM241,000 terperdaya sindiket ‘phone scam’

14 Dis 2025, 3:46 AM
Bekas pengurus rugi RM241,000 terperdaya sindiket ‘phone scam’

KLUANG, 14 DIS: Seorang bekas pengurus sebuah syarikat kerugian RM241,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan ‘phone scam’ yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata mangsa berusia 47 tahun itu membuat laporan polis semalam selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) pada 6 Nov lepas.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dimaklumkan bahawa nombor telefon miliknya disalahgunakan sebelum panggilan disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

“Mangsa turut diberitahu waran tangkap telah dikeluarkan atas namanya dan diarahkan memindahkan semua wang miliknya ke akaun yang diberikan.

“Antara 18 hingga 27 Nov, mangsa membuat pemindahan wang ke tujuh akaun berbeza sebelum menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619