Trump: Thailand, Kemboja setuju hentikan pertempuran, sedia capai keamanan

13 Dis 2025, 1:48 AM
Trump: Thailand, Kemboja setuju hentikan pertempuran, sedia capai keamanan
Trump: Thailand, Kemboja setuju hentikan pertempuran, sedia capai keamanan

WASHINGTON, 13 DIS: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata menerusi media sosial bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua tembakan berkuat kuasa petang semalam, lapor Xinhua.

“Saya mengadakan perbualan yang sangat baik pagi ini (semlam) dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berhubung konflik jangka panjang mereka yang amat dikesali,” kata Trump di Truth Social, sambil menambah bahawa kedua-dua negara bersedia untuk mencapai keamanan.

Konflik sempadan Thailand-Kemboja kembali memuncak pada petang Ahad lalu susulan pertempuran bersenjata yang tercetus pada akhir Julai lalu.

Kedua-dua pihak saling menuduh satu sama lain sebagai pihak yang memulakan serangan dan mengesahkan berlakunya korban.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri berkata pada Khamis bahawa pertempuran sempadan terbaharu dengan Kemboja mengorbankan sembilan anggota tentera Thailand, mencederakan lebih 120 orang serta menyebabkan hampir 200,000 orang awam Thailand dipindahkan.

Setakat petang semalam waktu tempatan, jumlah penduduk Kemboja yang dipindahkan akibat pertempuran di kawasan sempadan meningkat kepada lebih 300,000 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri Kemboja dalam satu kenyataan media.

-- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619