Sukan SEA 2025: PM ucap selamat berjuang kepada atlet negara

9 Dis 2025, 3:30 AM
Sukan SEA 2025: PM ucap selamat berjuang kepada atlet negara

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025 yang bermula secara rasmi di Thailand, hari ini.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” katanya dalam hantaran di Facebook pagi ini.

Sukan SEA 2025 berlangsung dari hari ini hingga 20 Disember manakala Sukan Para Asean (APG) 2025 dijadual bermula dari 20 hingga 26 Januari depan.

Malaysia menghantar 1,142 atlet disertai 515 pegawai bagi Sukan SEA 2025, manakala APG 2025 melibatkan 236 atlet dan 117 pegawai.

Negara menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna, dengan beberapa acara sukan telah bermula sejak minggu ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619