Sukan SEA: Peluang skuad badminton lelaki tamatkan penantian emas 20 tahun

8 Dis 2025, 12:51 PM
Sukan SEA: Peluang skuad badminton lelaki tamatkan penantian emas 20 tahun

SHAH ALAM, 8 DIS: Skuad badminton berpasukan lelaki negara meneruskan kemaraan ke pentas akhir Sukan SEA Thailand 2025 di Kampus Rangsit Universiti Thammasat, sebentar tadi.

Wakil negara yang dibarisi Leong Jun Hao, Soh Wooi Yik-Man Wei Chong, Justin Hoh, Aaron Chia, Tee Kai Wun dan Aidil Sholeh itu menewaskan Thailand 3-1 dalam saingan separuh akhir, lapor Stadium Astro.

Malaysia bermula Langkah kiri selepas perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, terpaksa akur tewas kepada juara dunia, Kunlavut Vitidsarn, dalam aksi straight set, 15-21,15-21.

Begitupun, beregu nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menyumbangkan mata pertama negara dengan kemenangan 21-18,21-19, sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Justin Hoh yang turun selaku wakil kedua perseorangan negara menyumbangkan mata berhargan selepas menewaskan, Panitchaphon Teeraratsakul, 21-10,21-17, untuk mata kedua negara.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang turun selaku wakil keempat negara menyumbangkan mata ketiga untuk kemenangan 3-1 selepas menewaskan gandingan Thailand, Dechapol-Pakkapon, dalam aksi rubber set, 21-14,18-21,21-17.

Skuad negara akan berdepan Indonesia dalam pentas akhir Rabu ini dalam misi menamatkan kemarau emas dua dekad.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619