Penilaian Produk Pelancongan Ikonik Selangor 2025 dibuka hingga 29 Disember

8 Dis 2025, 6:59 AM
Penilaian Produk Pelancongan Ikonik Selangor 2025 dibuka hingga 29 Disember
Penilaian Produk Pelancongan Ikonik Selangor 2025 dibuka hingga 29 Disember
Penilaian Produk Pelancongan Ikonik Selangor 2025 dibuka hingga 29 Disember
Penilaian Produk Pelancongan Ikonik Selangor 2025 dibuka hingga 29 Disember
Penilaian Produk Pelancongan Ikonik Selangor 2025 dibuka hingga 29 Disember

SHAH ALAM, 8 DIS: Tourism Selangor membuka penilaian Produk Pelancongan Ikonik Selangor 2025 sehingga 29 Disember ini melibatkan lima kategori iaitu Pelancongan Agro, Pelancongan Perubatan, Pelancongan Budaya & Warisan, Pelancongan Gastronomi (Makanan) serta Pelancongan Berasaskan Komuniti.

Agensi itu memaklumkan inisiatif berkenaan adalah kesinambungan usaha memperkukuh standard industri selepas memperkenalkan sistem penilaian komprehensif terhadap produk dan tarikan pelancongan di seluruh negeri pada 2024.

“Tahun lalu, 20 tarikan diiktiraf merangkumi kategori alam semula jadi, eko-pelancongan, buatan manusia, sukan dan rekreasi serta beli-belah dan gaya hidup.

“Antara yang menerima pengiktirafan termasuk Chocolate Museum, Farm in the City, HL Dragon Fruit Eco Farm, Skyline Luge dan Cloud Bass Paragliding Park,” katanya menurut kenyataan.

Tourism Selangor berkata penilaian itu menjadi asas program akreditasi dan pensijilan seterusnya rujukan pelancong domestik serta antarabangsa terhadap standard kualiti produk pelancongan negeri ini.

Melalui pemantauan berkala dan penilaian lokasi, pihaknya memastikan setiap tarikan memenuhi keperluan keselamatan, kemudahan, perkhidmatan serta pengalaman pengunjung.

“Ia penting dalam mengukuhkan reputasi tarikan pelancongan Selangor selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chua Yee Ling berkata pihak berkuasa tempatan turut memberi sokongan padu khususnya dalam menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025).

“Penilaian ini berjaya membantu banyak tarikan menambah baik operasi dan perkhidmatan berdasarkan garis panduan negeri, sekali gus bersedia diangkat sebagai destinasi pilihan,” katanya.

Beliau menjangkakan sekitar 50 penyertaan tahun ini dan berharap lebih banyak tarikan mendapat manfaat.

“Ia bukan hanya menawarkan pengalaman berkualiti, bahkan menjamin keselamatan, infrastruktur dan layanan setanding piawaian antarabangsa,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619