Lebih RM2.7 bilion kerugian akibat jenayah dalam talian setakat November

8 Dis 2025, 6:06 AM
Lebih RM2.7 bilion kerugian akibat jenayah dalam talian setakat November
Lebih RM2.7 bilion kerugian akibat jenayah dalam talian setakat November
Lebih RM2.7 bilion kerugian akibat jenayah dalam talian setakat November

KUALA LUMPUR, 8 DIS: Sebanyak 67,735 kes jenayah dalam talian melibatkan kerugian lebih RM2.7 bilion direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan jenayah telekomunikasi merekodkan jumlah tertinggi dengan 28,698 kes diikuti jenayah e-dagang 14,881 kes.

Sementara itu, penipuan pelaburan tidak wujud turut menjadi antara penyumbang utama kerugian dengan mencatatkan 9,296 kes manakala pinjaman tidak wujud (8,029), jenayah e-kewangan (5,853) dan Love Scam (978).

“Jumlah kerugian akibat pelaburan tidak wujud merekodkan jumlah tertinggi, iaitu lebih RM1.37 bilion, diikuti jenayah telekomunikasi (RM715.7 juta), e-kewangan (RM458.1 juta), e-dagang (RM123.7 juta), pinjaman tidak wujud (RM59.1 juta) dan Love Scam (RM43.7 juta),” menurut kenyataan itu.

Statistik berkenaan menunjukkan kadar jenayah siber yang membimbangkan dan orang ramai dinasihati supaya bertindak segera jika menjadi mangsa dengan menghubungi bank bagi menyekat transaksi mencurigakan.

Selain itu, orang ramai yang menjadi mangsa boleh membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 serta melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619