Dua remaja ditahan selepas aksi basikal lajak tular di media sosial

7 Dis 2025, 1:15 AM
Dua remaja ditahan selepas aksi basikal lajak tular di media sosial

KUALA LUMPUR, 7 DIS: Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dua remaja itu ditahan di Bukit Lanchong, Shah Alam, semalam.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat pada 5.13 petang semalam berkaitan video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan kedua-dua remaja terbabit.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 4 Disember lepas, kira-kira 5.55 petang ketika kedua-dua remaja itu datang dari arah Persiaran Putra Perdana menghala ke Kampung Tengah.

"Mereka didapati menunggang secara berbahaya dengan melanggar lampu isyarat merah dan hampir merempuh sebuah kereta sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata tindakan melulu tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, dan kes disiasat mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Insp Mohd Azizul Hakim Roslan di talian 011-28914495 bagi membantu siasatan, katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619