Penuntut Politeknik Merlimau ditemui mati di rumah sewa

5 Dis 2025, 1:54 PM
Penuntut Politeknik Merlimau ditemui mati di rumah sewa

SHAH ALAM, 5 DIS: Penuntut tahun akhir Politeknik Merlimau, Jasin ditemui mati di rumah sewanya di Taman Merlimau Emas, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman, 19, pelajar tahun tiga Diploma Elektrikal, ditemui tidak sedarkan diri di hadapan bilik tidurnya oleh rakan serumah.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Rambai yang memaklumkan mengenai pengesahan kematian mangsa, lapor Berita Harian.

"Rakan serumah memaklumkan mangsa tinggal bersama 14 orang di rumah sewa berkenaan.

"Mereka menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan paramedik, namun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik pemeriksaan dilakukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal tidak menemui sebarang kesan jenayah pada tubuh Mohamad Zul Hakimi selain mangsa juga disahkan tiada rekod penyakit kronik.

"Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619