Perubahan aliran trafik Telok Gong bermula 7 Disember bagi naik taraf jalan

5 Dis 2025, 11:13 AM
Perubahan aliran trafik Telok Gong bermula 7 Disember bagi naik taraf jalan
Perubahan aliran trafik Telok Gong bermula 7 Disember bagi naik taraf jalan
Perubahan aliran trafik Telok Gong bermula 7 Disember bagi naik taraf jalan
Perubahan aliran trafik Telok Gong bermula 7 Disember bagi naik taraf jalan
Perubahan aliran trafik Telok Gong bermula 7 Disember bagi naik taraf jalan

SHAH ALAM, 5 DIS: Berlaku perubahan aliran trafik di sebahagian Jalan Udang Galah dan Jalan Udang Gantung, Telok Gong, Klang bermula 7 Disember ini sehingga 13 Oktober 2027.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menerusi kenyataan memaklumkan langkah itu bagi memberi ruang kepada pelaksanaan projek menaik taraf Jalan Negeri B148, Jalan Telok Gong dari persimpangan Glenmarie Cove sehingga persimpangan Jalan Ikan Tenggiri (Pakej 1).

“Perubahan aliran trafik bertujuan menyokong kelancaran kerja menaik taraf jalan utama B148, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan perindustrian Telok Gong serta mengurangkan gangguan trafik di persimpangan utama sepanjang tempoh projek.

“Apabila siap, projek ini ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk Telok Gong serta membantu meningkatkan taraf sosioekonomi selain menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit,” katanya.

Jelas JKR perubahan laluan itu membabitkan persimpangan Jalan Telok Gong, Jalan Udang Galah, Jalan Udang Gantung dan Jalan Ikan Mata Duyung termasuk beberapa jalan di lokasi tersebut juga dijadikan laluan sehala bagi melancarkan pergerakan kenderaan.

Tambahnya, papan tanda dan arahan kawalan trafik juga dipasang di kawasan terlibat bagi membantu pengguna jalan raya menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

“Pengguna laluan tersebut dinasihatkan supaya mematuhi arahan kawalan trafik, merancang perjalanan lebih awal serta memandu dengan berhati-hati ketika melalui kawasan pembinaan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619