SAR cari remaja hilang dibawa arus disambung pagi ini

5 Dis 2025, 12:13 AM
SAR cari remaja hilang dibawa arus disambung pagi ini
SAR cari remaja hilang dibawa arus disambung pagi ini

SHAH ALAM, 5 DIS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, disambung semula pagi ini selepas ditamatkan pada tengah malam tadi atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata operasi dijangka bermula jam 8 pagi bagi mencari mangsa berusia 14 tahun itu, lapor Buletin TV3.

Semalam media melaporkan, adik mangsa berusia 12 tahun yang turut dihanyutkan arus ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian, di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, pada jam 7.47 malam.

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada jam 10 malam ketika menerima rawatan.

“Seorang lagi mangsa iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga abang kanak-kanak berkenaan masih belum ditemui,” katanya.

Difahamkan sebelum kejadian, dua beradik itu bermain bola bersama rakan di padang berhampiran perumahan sebelum dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola yang jatuh ke dalam longkang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619