Lelaki maut terjatuh dari tingkat tiga ketika cuba ambil bola pikel

3 Dis 2025, 11:02 AM
Lelaki maut terjatuh dari tingkat tiga ketika cuba ambil bola pikel

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan ketika cuba mengambil bola pikel dalam insiden di Pudu di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata sebelum kejadian, mangsa yang berumur 32 tahun itu bermain bola pikel di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Beliau berkata mangsa kemudian memanjat pagar di tepi gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh ke tingkat bawah.

"Polis menerima laporan mengenai kejadian pada 9.43 malam, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan berasingan, Mohamad Lazim memaklumkan seorang lelaki berusia 77 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah kediaman di Setapak pagi tadi.

"Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian pada 8.01 pagi," katanya.

Beliau berkata mangsa ditemukan di bahagian belakang pondok pengawal dalam keadaan terlentang dan kes diklasifikasikan sebagai SDR.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619