Naik taraf jalan di hadapan Klinik Kesihatan Beranang diluluskan bawah RMK13

3 Dis 2025, 3:23 AM
Naik taraf jalan di hadapan Klinik Kesihatan Beranang diluluskan bawah RMK13

SHAH ALAM, 3 DIS: Kesesakan teruk di hadapan Klinik Kesihatan Beranang bakal ditangani menerusi kerja menaik taraf persimpangan utama di FT001 Jalan Semenyih–Beranang yang telah diluluskan Agensi Pusat di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam jawapan bertulis di Parlimen, semalam, memaklumkan, laluan tersebut dikenal pasti berada pada Tahap Perkhidmatan (Level of Service) E, iaitu aliran trafik sesak berdasarkan bancian lalulintas 2024 di Stesen Banci BR605.

"Kementerian Kerja Raya sedia maklum atas keperluan untuk mengatasi kesesakan jalan raya di hadapan Klinik Kesihatan Beranang," katanya.

Menurut beliau, skop projek merangkumi:

▪️ Pembinaan lorong tambahan dari FT001 ke Jalan Sesapan Batu Rembau (B146)

▪️ Penurapan semula permukaan jalan

▪️ Pengalihan lampu isyarat dan menaik taraf lampu jalan

▪️ Pembai­kpulih perabot jalan

▪️ Pelaksanaan Pelan Pengurusan Trafik (TMO)

▪️ Perlindungan alam sekitar (EMP) serta kerja penyelenggaraan rutin

Langkah berkenaan dijangka meningkatkan kapasiti laluan serta mengurangkan masa perjalanan, khususnya pada waktu puncak apabila pengguna jalan raya, pelanggan klinik serta penduduk berhampiran berkongsi laluan yang sama.

Dalam pada itu, isu kesesakan di susur keluar Prima Saujana, Kajang turut dibangkitkan dalam soalan dibawa Ahli Parlimen Hulu Langat, Tuan Mohd Sany Hamzan itu. Mengulas perkara tersebut, kementerian menjelaskan laluan berkenaan berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Kementerian ini mengesyorkan cadangan projek di jalan tersebut dirujuk kepada KPKT untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya. Bidang kuasa Kementerian Kerja Raya adalah bagi Jalan Persekutuan sahaja.” jelasnya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619