Semua PPS Klang ditutup, Kuala Selangor kekal daerah paling terjejas

30 Nov 2025, 12:45 PM
Semua PPS Klang ditutup, Kuala Selangor kekal daerah paling terjejas

SHAH ALAM, 30 NOV: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Klang dan satu PPS di Sabak Bernam ditutup selepas jumlah mangsa banjir menunjukkan penurunan sebanyak 25 peratus setakat jam 6 petang tadi.

Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 3,068 mangsa daripada 858 keluarga masih ditempatkan di 34 PPS membabitkan empat daerah di seluruh Selangor.

Kuala Selangor kekal sebagai daerah paling terjejas dengan 2,350 mangsa di 17 PPS, diikuti Sepang (495 mangsa, 9 PPS), Sabak Bernam (71 mangsa, 2 PPS) dan Kuala Langat (152 mangsa, 6 PPS).

Sementara itu, hanya satu stesen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Selangor mencatatkan paras air melepasi tahap bahaya iaitu di Pintu Air Ijok, Kuala Selangor dengan bacaan 3.6 meter.

Dua lagi stesen iaitu Bukit Changgang dan Kampung Asahan merekodkan paras amaran dengan masing-masing mencatatkan bacaan 3.8 meter dan 3.49 meter.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619