PRN Sabah: Laluan pintu masuk Istana Seri Kinabalu dikawal ketat

29 Nov 2025, 2:30 PM
PRN Sabah: Laluan pintu masuk Istana Seri Kinabalu dikawal ketat

KOTA KINABALU, 29 NOV: Laluan utama pintu masuk ke Istana Seri Kinabalu di sini malam ini dikawal rapi oleh anggota polis.

Tinjauan mendapati setiap kenderaan yang melalui pintu utama tersebut diperiksa dan hanya yang berada dalam senarai dibenarkan melepasi sekatan.

Petugas media mula berkumpul di luar istana seawal 6 petang bagi membuat liputan perkembangan terkini berikutan tamatnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 5.30 petang tadi.

Cuaca malam ini hujan renyai.

Sementara itu, calon yang bertanding mula berkumpul di markas setiap parti antaranya Barisan Nasional di Bangunan Umno Sabah manakala Gabungan Rakyat Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Pakatan Harapan (HARAPAN) pula berkumpul di Hotel Pacific Sutera dengan kehadiran Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh, Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619