SPR mulakan proses buka sampul undi pos PRN Sabah

29 Nov 2025, 10:31 AM
SPR mulakan proses buka sampul undi pos PRN Sabah

KOTA KINABALU, 29 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memulakan proses pembukaan sampul undi pos Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di beberapa pusat pengiraan undi, menjelang tamat tempoh penerimaan sampul B tepat pada 5 petang ini.

Proses itu, yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook SPR, merupakan langkah ketiga daripada empat langkah utama pengurusan undi pos, iaitu pengeluaran, penerimaan semula, pembukaan dan pengiraan.

Menurut jurucakap Akademi Pilihan Raya, sebanyak 22,880 permohonan undi pos telah diluluskan bagi pilihan raya ini membabitkan tiga kategori iaitu 1A, 1B dan 1C yang antara lain merangkumi petugas pilihan raya seperti pegawai SPR, anggota media, anggota keselamatan serta petugas yang bekerja pada hari mengundi, pemilih yang berada di luar negara selain agensi tersenarai.

Siaran langsung SPR itu turut menunjukkan proses pembukaan sedang dilakukan di Dewan Jati, Jabatan Pertanian Sabah untuk dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N53 Sekong dan N54 Karamunting.

Bagi DUN Sekong, sebanyak 286 undi pos akan diproses melibatkan 265 undi kategori 1A, lima undi kategori 1B dan 16 undi kategori 1C manakala DUN Karamunting menerima 696 undi pos yang terdiri daripada 685 undi kategori 1A, tiga undi kategori 1B dan lapan undi kategori 1C.

Proses itu turut dibantu oleh pegawai PRN Pulau Pinang, dengan kehadiran beberapa ejen calon yang memantau perjalanan pembukaan sampul undi pos.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619