Laluan mikromobiliti berbumbung siap Mei 2026, galak guna pengangkutan mesra alam

29 Nov 2025, 7:36 AM
Laluan mikromobiliti berbumbung siap Mei 2026, galak guna pengangkutan mesra alam
Laluan mikromobiliti berbumbung siap Mei 2026, galak guna pengangkutan mesra alam

SHAH ALAM, 29 NOV: Laluan mikromobiliti berbumbung sepanjang 1.16 kilometer (km) di Persiaran Sultan, Seksyen 14 di sini akan dibina pada kos RM3.8 juta yang menghubungkan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Darul Ehsan dan Masjid Negeri.

EXCO Mobiliti, Ng Sze Han berkata laluan yang direka khas untuk penunggang basikal, e-skuter dan pejalan kaki itu bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat serta penggunaan pengangkutan mesra alam dan ia dijangka siap Mei 2026.

“Selain itu, setiap pihak berkuasa tempatan turut diminta mengenal pasti satu projek laluan pejalan kaki berskala besar yang memberi impak langsung kepada pengguna di lokasi masing-masing.

“Projek ini sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan komuniti mesra pejalan kaki, mengurangkan penggunaan kenderaan, menurunkan kadar karbon dan menjaga alam sekitar,” katanya pada sidang media di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, baru-baru ini.

EXCO Mobiliti, Ng Sze Han pada sidang media di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 20 November 2025. Foto UFAIRAH TARMIDZI/MEDIA SELANGOR

Sze Han menambah, inisiatif yang dilaksanakan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu boleh menjadi contoh sambungan laluan dan penanda aras bagi pihak berkuasa tempatan lain untuk memperkukuh ekosistem pengangkutan awam.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Fauzi Mohd Yatim berkata pihaknya juga berhasrat meneruskan pembinaan laluan berbumbung dari Masjid Negeri ke Stesen LRT Dato’ Menteri selepas projek itu selesai.

“Laluan berbumbung direka untuk menyerap haba serta melindungi pengguna dari hujan sekali gus dapat memastikan keselamatan dan keselesaan pejalan kaki terjamin.

“Projek ini menekankan konsep mesra alam sekitar serta mewujudkan bandar yang selamat dan selesa untuk pengguna,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619