Selangor FC fail rayuan ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia

28 Nov 2025, 2:50 PM
Selangor FC fail rayuan ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Selangor FC (SFC) akan memfailkan rayuan ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengekalkan hukuman denda RM100,000 dan dua perlawanan tanpa penonton.

SFC memaklumkan rayuan awal berhubung dakwaan insiden melibatkan penyokong skuad tersebut ketika aksi menentang Negeri Sembilan FC pada 29 Oktober telah dibuat, namun ditolak pada 25 November lepas.

“Langkah membawa kes ke AIAC adalah selaras dengan Artikel 77 dan 129 Kod Tatatertib FAM, yang mengiktiraf AIAC sebagai satu-satunya mahkamah timbang tara bebas yang sah.

“SFC kekal komited dan mengambil pendekatan berprinsip dalam menangani perkara ini demi kebaikan kelab dan semua pemegang taruh bola sepak Selangor," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, SFC dihukum bermain tanpa penonton susulan insiden melibatkan kelakuan penyokong pada aksi suku akhir kedua Piala FA 2025-26 menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pada 29 Oktober lepas.

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Baljit Singh Sidhu dilaporkan berkata skuad itu akan beraksi di stadium kosong pada aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Sabah FC pada 30 November ini dan perlawanan sulung mereka di gelanggang sendiri bagi saingan sama, musim berikutnya.

Baljit berkata SFC, yang mara ke separuh akhir musim ini hasil kemenangan dengan agregat 6-3, juga didenda RM100,000 akibat kesalahan berulang menurut Artikel 42, Perenggan 1 Kod Tatatertib FAM.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619