PPS mangsa bah: Yayasan MBI salur RM100,000 tingkat prasarana SK Desa Aman

28 Nov 2025, 6:17 AM
PPS mangsa bah: Yayasan MBI salur RM100,000 tingkat prasarana SK Desa Aman

SHAH ALAM, 28 NOV: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan RM100,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, Sungai Buloh bagi tujuan menaik taraf kemudahan memandangkan sekolah sering dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata peruntukan berkenaan dijangka disalurkan awal Januari depan bagi memastikan sekolah terbabit lebih bersedia menampung jumlah mangsa yang ditempatkan sekiranya banjir berulang.

“Yayasan MBI komited membantu SK Desa Aman yang menjadi PPS kepada mangsa banjir sekitar Ijok, khususnya kawasan Saujana Aman.

“Sekolah ini agak sesak apabila dijadikan PPS dengan menerima lebih 700 mangsa. Diharap sumbangan ini dapat meningkatkan keselesaan mangsa yang ditempatkan di sini pada masa akan datang,” katanya ditemui dalam satu majlis di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Seksyen 4, di sini hari ini.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyerahkan sumbangan kepada calon SPM 2025 yang terkesan akibat banjir oleh Yayasan MBI di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 28 November 2025. Turut hadir Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Mohd Azuan Mohd Nawawi Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Isnin lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut meninjau keadaan mangsa banjir di PPS SK Desa Aman yang menempatkan hampir 1,000 mangsa daripada tiga kawasan terjejas iaitu Taman Saujana Aman, Kampung Sri Aman dan Kampung Boyan.

Dato’ Menteri Besar turut memaklumkan bahawa PPS berkenaan merupakan pusat pemindahan dengan jumlah mangsa tertinggi di Selangor setakat ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619