Yayasan MBI sedia 400 set kelengkapan bantu pelajar SPM terjejas bah

28 Nov 2025, 5:01 AM
Yayasan MBI sedia 400 set kelengkapan bantu pelajar SPM terjejas bah
Yayasan MBI sedia 400 set kelengkapan bantu pelajar SPM terjejas bah
Yayasan MBI sedia 400 set kelengkapan bantu pelajar SPM terjejas bah

SHAH ALAM, 28 NOV: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyediakan 400 set kelengkapan pembelajaran kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata setiap set bantuan merangkumi alat tulis, kalkulator saintifik dan peranti data mudah alih Internet Selangor bagi memudahkan pelajar menjawab peperiksaan dengan lebih baik.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor ketika majlis serahan sumbangan kepada calon SPM 2025 yang terkesan banjir di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 28 November 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Sebagaimana arahan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sumbangan dengan kos keseluruhan sekitar RM50,000 diberikan khusus kepada pelajar terjejas banjir.

"Hari ini kita serahkan kepada 200 penerima, manakala baki akan disediakan bagi pelajar lain yang memerlukan pada masa akan datang,” katanya selepas menyerahkan bantuan berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Seksyen 4, di sini hari ini.

Antara penerima, Nurul Izzah Mohamad, 17, ketika ditemui Media Selangor menzahirkan rasa terharu menerima bantuan berkenaan kerana beberapa kelengkapan dan set alat tulisnya rosak akibat banjir.

Nurul Izzah Mohamad, 17,

“Memang sedih apabila banjir berlaku menjelang peperiksaan, tetapi saya sangat berterima kasih kepada Yayasan MBI atas bantuan ini,” katanya.

Bagi Muhammad Nur Airiel Yusri, 17, bantuan itu menyuntik semangatnya untuk menjawab peperiksaan.

Muhammad Nur Airiel Yusri, 17,

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan MBI. Semoga lebih ramai pelajar dapat dibantu selepas ini,” katanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pengangkutan khas bagi memastikan calon SPM yang berada di pusat pemindahan sementara dapat menghadiri sekolah dan pusat peperiksaan dengan selamat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619