Banjir: MBSA tingkat pemantauan di lokasi berisiko, pastikan paras air terkawal

28 Nov 2025, 4:16 AM
Banjir: MBSA tingkat pemantauan di lokasi berisiko, pastikan paras air terkawal

SHAH ALAM, 28 NOV: Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempertingkatkan pemantauan di lokasi berisiko banjir susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Pihak berkuasa temapatan itu memberitahu langkah proaktif berkenaan bertujuan memastikan paras air di kawasan kritikal kekal terkawal selain menangani segera sebarang insiden.

“Anggota pasukan kini giat melakukan rondaan berkala di kawasan kritikal yang sering mencatat peningkatan paras air.

“Tindakan ini juga bertujuan memaklumkan penduduk sekiranya berlaku situasi yang memerlukan tindakan pantas,” katanya di Facebook.

Antara lokasi yang menjadi fokus pemantauan termasuklah:

  • Kunci Air Taman Sri Muda, Seksyen 25

  • Stesen Kawalan Banjir Bukit Rimau, Seksyen 32

  • Taman Bukit Kemuning, Seksyen 32

  • Sungai Damansara TTDI Jaya, Seksyen U2

  • Sungai Buloh Kampung Kubu Gajah, Seksyen U17

  • Jalan Jati Kampung Melayu Subang, Seksyen U6

  • kawasan Pam Air Taman Mesra, Seksyen U1

Paras air di Stesen Kawalan Banjir, Bukit Rimau, Taman Bukit Kemuning, Seksyen 32, Shah Alam berada di paras terkawal pada 28 November 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Hasil tinjauan mendapati paras air di semua lokasi berada dalam keadaan terkawal dan tidak melebihi paras bahaya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan segera atau menghadapi kecemasan akibat banjir boleh menghubungi Pasukan PANTAS MBSA di talian 03-5510 5811.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619