TERKINI: Hujan berterusan tahap bahaya di Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 29 November

27 Nov 2025, 3:17 PM
TERKINI: Hujan berterusan tahap bahaya di Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 29 November
TERKINI: Hujan berterusan tahap bahaya di Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 29 November

SHAH ALAM, 27 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang, berkuat kuasa sehingga 29 November 2025.

Amaran dikemas kini MetMalaysia pada jam 10 malam tadi turut melibatkan kawasan lain termasuk Kemaman (Terengganu), Maran, Kuantan dan Pekan (Pahang), Putrajaya, serta Seremban dan Port Dickson (Negeri Sembilan).

Menurut MetMalaysia, tahap Bahaya merujuk kepada hujan sangat lebat berterusan yang berpotensi menyebabkan banjir serius dan kerosakan infrastruktur jika tidak ditangani.

"Selain itu, beberapa kawasan lain di Selangor seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diletakkan di bawah amaran hujan berterusan tahap Buruk.

"Amaran sama turut dikenakan di beberapa daerah di Perak, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan.

Manakala tahap Waspada dikeluarkan bagi kawasan seperti Pulau Pinang, Kelantan dan beberapa bahagian Johor, Kedah dan Perak.

Orang awam, terutama yang berada di kawasan hotspot dan rendah, dinasihatkan berwaspada, mengikuti perkembangan cuaca terkini dan patuh kepada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui aplikasi myCuaca, laman rasmi met.gov.my atau menghubungi hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619