Lelaki buat aksi silat di tanah perkuburan ditahan, positif dadah

25 Nov 2025, 12:41 PM
Lelaki buat aksi silat di tanah perkuburan ditahan, positif dadah

SHAH ALAM, 25 NOV: Polis menahan seorang lelaki tempatan susulan video tular yang merakamkan tindakannya melakukan pergerakan silat sambil memakai topi keledar di tanah perkuburan Kampung Melayu, Kluang, Johor.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata suspek berjaya ditahan sepasukan anggota Balai Polis Sri Lalang pada jam kira-kira 1 tengah hari, 24 November lalu di tepi Jalan Merdeka Sri Lalang.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Suspek direman tiga hari bermula 25 hingga 27 November bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semakan polis mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, video berdurasi 27 saat itu dirakam pengguna jalan raya sebelum dimuat naik ke laman sosial This Is Johor, sekali gus mencetuskan perhatian ramai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619