Dua sungai utama di Kelantan lepasi tahap waspada - JPS

22 Nov 2025, 7:12 AM
Dua sungai utama di Kelantan lepasi tahap waspada - JPS

KOTA BHARU, 22 NOV Dua sungai utama di Kelantan direkodkan melebihi tahap waspada setakat pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 12.45 tengah hari ini.

Laman web rasmi Public Infobanjir JPS memaklumkan Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang mencatatkan bacaan 58.11 meter, melebihi tahap waspada 56 meter sebanyak 2.11 meter, namun menunjukkan trend menurun.

Berikutan itu, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai merekodkan paras 31.08 meter, melebihi tahap waspada 30 meter sebanyak 1.08 meter.

Tinjauan Bernama di Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Rantau Panjang mendapati paras air sungai berkenaan menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat berterusan yang direkodkan pada tahap waspada.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu sehingga 26 November.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619