Kerja baiki litar pintas Flat PKNS Sungai Way siap selewatnya esok

22 Nov 2025, 2:55 AM
Kerja baiki litar pintas Flat PKNS Sungai Way siap selewatnya esok

SHAH ALAM, 22 NOV: Kejadian litar pintas yang berlaku di Flat PKNS, Sungai Way di Petaling Jaya semalam, dijangka selesai hari ini atau selewat-lewatnya esok.

EXCO Pembudayaan Inovasi yang juga wakil rakyat Seri Setia, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata kejadian berpunca litar pintas papan agihan elektrik yang terbakar sepenuhnya di blok B perumahan berkenaan.

“Insiden tersebut disebabkan oleh litar pintas yang berlaku di papan agihan elektrik bahagian bawah. Ia terbakar sepenuhnya dan disebabkan itu ia menjadi gangguan elektrik dan semua unit di blok tersebut terjejas.

“Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berusaha memperbaiki dan dijangka siap lewat hari ini atau esok,” katanya ketika dihubungi Media Selangor, hari ini.

Menurut Dr Fahmi, pihaknya turut membuka pusat pemindahan sementara (PPS) di blok A bagi membantu penduduk terjejas yang dikendalikan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketika ini, katanya, hanya sembilan keluarga daripada 260 unit terjejas termasuk rumah kedai, yang memilih tinggal sementara di PPS bagi memudahkan pergerakan mereka di bangunan flat 17 tingkat itu.

“Penduduk yang terjejas dan terkesan, kalau ada penduduk yang susah mahu turun naik lif dan sebagainya, ada satu PPS disediakan. Boleh ke sana, makan minum pun semua ada,” katanya.

Penduduk yang memerlukan bantuan pemindahan ke PPS diminta menghubungi Tuan Prakash JKM 013 632 0623.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619