RMSIR 2025: Raja Muda Selangor raih tempat ketiga perlumbaan Pulau Pinang–Langkawi

21 Nov 2025, 9:07 AM

SHAH ALAM, 21 NOV: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menampilkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Regata Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) edisi ke-35 apabila meraih tempat ketiga dalam perlumbaan dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi hari ini.

Baginda yang mengemudi kapal layar Maduzi dalam Kelas 4 menyelesaikan saingan dalam tempoh 8 jam 3 minit 14 saat, sekali gus mengekalkan momentum konsisten sejak perlumbaan bermula.

Turut berada dalam kru Maduzi ialah isteri Baginda, Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz, dan Dato’ Setia Aubrey Rahim Mennesson.

Kemenangan Kelas 4 perlumbaan ketiga ini berpihak kepada pasukan Kimikimi dari Poland dengan catatan 7:46:26, manakala tempat kedua diraih pasukan Kesini dari Malaysia dengan masa 8:01:56.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, RMSIR edisi ke-35 berlangsung dari 14 hingga 22 November 2025, dianggap sebagai siri perlumbaan mencabar merentasi laluan tradisi Pelabuhan Klang – Pangkor – Pulau Pinang – Pulau Langkawi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619