MBPJ terus perkukuh peranan jadi bandar mesra kanak-kanak bertaraf antarabangsa

20 Nov 2025, 12:26 PM
MBPJ terus perkukuh peranan jadi bandar mesra kanak-kanak bertaraf antarabangsa
MBPJ terus perkukuh peranan jadi bandar mesra kanak-kanak bertaraf antarabangsa
MBPJ terus perkukuh peranan jadi bandar mesra kanak-kanak bertaraf antarabangsa

PETALING JAYA, 20 NOV: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terus memperkukuh peranannya sebagai bandar mesra kanak-kanak melalui Ekspo Bandar Mesra Kanak-Kanak Antarabangsa Petaling Jaya yang menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa bagi berkongsi idea dan amalan terbaik.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata lebih 90 peratus kanak-kanak di Selangor tinggal di kawasan bandar, menjadikan isu keselamatan, reka bentuk bandar dan persekitaran urban sebagai aspek penting untuk kesejahteraan generasi akan datang.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap merasmikan Ekspo Bandar Mesra Kanak-Kanak Antarabangsa Petaling Jaya di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 20 November 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Bandar yang tidak mengambil kira keperluan kanak-kanak boleh menjejaskan asas masa depan mereka. Sebaliknya, bandar yang direka berpaksikan kanak-kanak menjadi lebih inklusif, sihat dan berdaya tahan untuk semua lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap di Hotel Hilton, Petaling Jaya, hari ini.

Beliau menekankan Selangor terus memperkukuh ekosistem pembangunan kanak-kanak melalui dasar berimpak tinggi, termasuk Dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Kanak-Kanak Selangor 2022–2025 serta Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor, yang menekankan model penjagaan komuniti dan sokongan kepada keluarga serta ibu bapa bekerja.

Berlangsung hari ini hingga Sabtu, ekspo dengan kerjsama UNICEF Malaysia menampilkan pembentangan antarabangsa, sesi panel, latihan praktikal, dan lawatan ke lokasi mesra kanak-kanak di Petaling Jaya.

Penyertaan pakar dari Itali, China, dan Indonesia membolehkan pertukaran idea dan amalan terbaik serantau, seterusnya memperkukuh peranan Petaling Jaya sebagai bandar mesra kanak-kanak bertaraf antarabangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619