Kes Zayn Rayyan: Mahkamah tetapkan 4 Dis dengar permohonan tangguh hukuman Ismanira

19 Nov 2025, 4:48 AM
Kes Zayn Rayyan: Mahkamah tetapkan 4 Dis dengar permohonan tangguh hukuman Ismanira

SHAH ALAM, 19 NOV: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 Dis ini untuk mendengar permohonan Ismanira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas.

‎Penolong Pendaftar Kanan Nadiah Misman membuat keputusan itu selepas peguam Haresh Mahadevan, yang mewakili Ismanira, memfailkan permohonan berhubung perkara tersebut hari ini.

‎Pada 31 Okt lepas, Ismanira, 30, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

‎Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara bermula 31 Okt, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.

‎Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619