Wanita selamat kereta dihempap struktur besi

18 Nov 2025, 8:02 AM
Wanita selamat kereta dihempap struktur besi

SHAH ALAM, 18 NOV: Seorang wanita nyaris cedera selepas kereta dipandunya dihempap struktur besi di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari.

“Komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan projek ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) dan menghempap sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift. Setibanya pasukan bomba di lokasi, mangsa sudah dikeluarkan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pihak bomba terus memantau kawasan bagi memastikan tiada risiko serta memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Pemandu wanita itu dilaporkan tidak cedera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619