Kemudahan masjid di laluan utama termasuk WCE bakal dinaik taraf demi keselesaan

17 Nov 2025, 2:06 AM
Kemudahan masjid di laluan utama termasuk WCE bakal dinaik taraf demi keselesaan
Kemudahan masjid di laluan utama termasuk WCE bakal dinaik taraf demi keselesaan
Kemudahan masjid di laluan utama termasuk WCE bakal dinaik taraf demi keselesaan
Kemudahan masjid di laluan utama termasuk WCE bakal dinaik taraf demi keselesaan

SHAH ALAM, 17 NOV: Kerajaan Selangor memperkukuh kemudahan asas di masjid-masjid terpilih sepanjang laluan utama persinggahan orang ramai, termasuk di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dan beberapa lokasi strategik di utara negeri, dengan tumpuan utama terhadap tandas dan bilik mandi.

EXCO Agama Islam Dr Muhammad Fahmi Ngah berkata usaha ini merupakan kesinambungan program Kembara Masjid yang dijalankan sejak awal tahun lalu yang antara lain bertujuan mengenal pasti masjid-masjid yang menjadi tumpuan pengguna jalan raya.

EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Dewan Bunga Kertas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 16 November 2025. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR

"Antara kawasan yang terlibat termasuk Sabak Bernam, Tanjung Karang dan beberapa masjid lain yang dikenal pasti sebagai pusat persinggahan utama. Titah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj amat menekankan keperluan memastikan kemudahan asas di masjid berada pada tahap terbaik, khususnya tandas dan bilik mandi yang sering digunakan oleh pengunjung.

"Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memperuntuk RM1.4 juta sebagai tekad menaik taraf kemudahan terbabit. Penambahbaikan yang dilaksanakan adalah berasaskan standard tertentu, termasuk memastikan sistem air berfungsi dengan baik, penyediaan kelengkapan yang mencukupi serta pemerkasaan tahap kebersihan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Seri Setia bersama Ahli Majlis Zon 16 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dewan Bunga Kertas, di sini malam tadi.

Menurut Dr Fahmi, selain laluan WCE, beberapa masjid lain seperti di Bangi turut termasuk dalam perancangan naik taraf, selagi ia berada di laluan strategik yang menghubungkan Selangor dengan negeri jiran seperti Perak.

"Kerajaan Negeri turut menyediakan saluran aduan bagi membolehkan rakyat melaporkan sebarang kemudahan yang memerlukan perhatian segera, bagi memastikan setiap masjid dapat memberikan keselesaan optimum kepada orang ramai," tambah beliau.

Dalam Belanjawan Selangor 2026 yang dibentangkan Jumaat lalu, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf 14 masjid terpilih di laluan utama negeri.

Masjid-masjid ini berada di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor yang menguruskan keseluruhan 445 masjid yang dikenal pasti sebagai lokasi persinggahan utama pengguna kenderaan untuk berehat serta menunaikan solat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619