Inisiatif kerja fleksibel mudahkan wanita seimbangkan tugas keluarga

16 Nov 2025, 6:32 AM
Inisiatif kerja fleksibel mudahkan wanita seimbangkan tugas keluarga

GOMBAK, 16 NOV: Konsep bekerja dari rumah untuk wanita yang dimulakan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menunjukkan impak positif kepada produktiviti serta kesejahteraan pekerja wanita.

EXCO Pembangunan Wanita, Anfaal Saari berkata Kerajaan Negeri juga akan menerapkan polisi itu melalui kajian Wanita Berdaya Selangor (WBS) bagi membolehkan golongan ibu bekerja menyeimbangkan kerjaya dan tanggungjawab keluarga.

“WFH (work from home) bukan sekadar membolehkan kerja sepenuh masa di rumah tetapi waktu anjal memberi ruang kepada ibu bekerja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai penjaga,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau menambah, inisiatif itu selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan wanita, membuka peluang kerjaya yang fleksibel dan memastikan keseimbangan antara pekerjaan serta tanggungjawab keluarga dapat dicapai.

Semalam, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Belanjawan Selangor 2026 memperuntukkan RM500,000 untuk Karnival Kerjaya Wanita bagiٌ membantuٌ wanita dipadankan dengan peluang pekerjaan profesional dan teknikal.

Dalam pada itu, beliau berkata inisiatif meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita melalui program Career Comeback yang dijalankan bersama TalentCorp di lima daerah termasuk Gombak, Klang dan Hulu Langat sepanjang tahun ini telah menarik penyertaan lebih 1,000 wanita.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619