Melipat Kapal Doa

15 Nov 2025, 7:07 PM
Melipat Kapal Doa

'yang,

selepas puas berwaswas, izinkah? kupergi, biar susuli waspada na atau yb kaujaga cahaya bernyala di kampung jangan terpadam, sementara mereda gelegak ombak memarak dalam dada mentua.

ketika aku belajar membaca punca di penghujung batu nautika, serupa mencari cara (tak cukup) sekali dapat kapal bergiliran jadi tongkat, tapi siapa? antara kita (seakan-akan) bermukjizatkan keberanian: kenabian musa berbenteng laut mengugut akal pengecut.

kautahu? kelmarin, kucemburu mencium dedaun kesum, kalau terluka pun menjadi laksa, maka, pada usia sekarang, cita-citaku cukuplah jadi seorang jalan telentang menegang luruuus ke depan,

ke rumah pertama! dan demi kalau buih-buih dosa tersisa menyelaput mata hingga tak nampak walau satu antara lapan pintu ada di mana?

satu (lagi) doa kuorigamikan berbentuk pesawat/ bahkan lebih murni ialah kapal-kapal laut sarat manfaat sesekali lupai darat—atau paling tepat, kujalur-jalurkan sebelum bebenih lucky star dicahayai jernih tabung penampung para doa terapung-apung.

(tapi andai kita belum sampai ke ruang bercinta lagak ss mabuk kekasih bergincu anggur, semoga kita berjumpa di sana ketika usia melega pada tangga tiga puluh tiga.)

'yang, aku memang akan pulang kepada kita: sempurna sepasang cinta—atau cukup sebagai nama—sebelum terbakar punah sepelepah pokok kurma.

rindu paling jenuh.

Fadhilah Ad Deen

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619