Bot karam: Satu lagi mayat ditemukan, korban meningkat kepada 29 orang

15 Nov 2025, 12:07 PM
Bot karam: Satu lagi mayat ditemukan, korban meningkat kepada 29 orang

SHAH ALAM, 15 NOV: Satu lagi mayat mangsa bot karam di perairan Langkawi ditemukan hari ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 29 orang, manakala 14 yang lain berjaya diselamatkan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang terdampar di Pulau Singa Besar.

“Susulan laporan itu, bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dihantar ke lokasi bagi mengambil mayat berkenaan dan membawanya ke jeti APMM sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Romli menjelaskan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ketujuh disambung semula pada jam 7.30 pagi, meliputi sektor pencarian seluas 33.86 batu nautika persegi menggunakan empat aset utama.

Aset yang terlibat termasuk daripada APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala agensi lain berada dalam keadaan bersiap sedia untuk memberikan sokongan bila diperlukan.

“APMM bersama semua agensi penyelamat terus komited melaksanakan operasi ini sehingga keseluruhan kawasan pencarian diterokai sepenuhnya. Sepanjang enam hari pencarian sebelum ini, keluasan sektor yang telah diterokai adalah 1,355.15 batu nautika persegi,” jelas beliau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619