RMSIR 2025: ATM Uranus sasar tiga terbaik

15 Nov 2025, 4:26 AM
RMSIR 2025: ATM Uranus sasar tiga terbaik

KLANG, 15 NOV: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Uranus menyasarkan kedudukan tiga terbaik di kejohanan Regata Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) 2025.

Skipper ATM Uranus Pegawai Waran 1 Ahmad Fakhrizan Deraman berkata beliau dan 13 anak kapal tekad memperbaiki kedudukan tempat keempat keseluruhan yang diperoleh pada edisi tahun lepas.

“Lawan pada tahun ini boleh dikatakan agak kuat berbanding edisi sebelum ini kerana semua yang mengambil bahagian berpengalaman termasuk pernah bergelar juara.

“Walaupun tahun ini kita dibarisi ramai kru baharu, tetapi itu bukan masalah kepada saya kerana yang penting ialah kerjasama ahli pasukan,” katanya.

Sebanyak 28 pasukan dari pelbagai negara berentap dalam kejohanan Regata Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) kali ke-35 bermula hari ini.

Perlumbaan selama sembilan hari itu bermula dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Pangkor, Perak sebelum ke Pulau Pinang dan dijadualkan menamatkan saingan di Pulau Langkawi, Kedah.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah juga berkenan menyertai kejohanan tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619