MamaKerja diperluas: Bantuan RM100 sebulan ringankan beban ibu bekerja

14 Nov 2025, 1:31 PM
MamaKerja diperluas: Bantuan RM100 sebulan ringankan beban ibu bekerja

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Negeri memperluaskan pelaksanaan Inisiatif MamaKerja dengan menawarkan bantuan tunai RM100 sebulan selama setahun kepada ibu bekerja yang mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat membabitkan 2,166 kanak-kanak di seluruh Selangor, selaras dengan sasaran kumpulan penerima yang dikenal pasti.

“Dengan peruntukan RM5 juta, ini adalah manifestasi pentadbiran yang menghargai peranan wanita dalam pembangunan negeri, di samping membantu wanita bekerjaya untuk terus berbakti kepada keluarga dan masyarakat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan tunai itu akan dipadankan dengan pemantauan berkala terhadap perkembangan kanak-kanak merangkumi aspek kognitif, fizikal dan kesejahteraan menyeluruh. Usaha ini turut disokong UNICEF sebagai rakan strategik dalam memperkukuh pembangunan awal kanak-kanak di Selangor.

Inisiatif MamaKerja merupakan antara janji di bawah manifesto Lima Tekad Lima Tahun, dan telah dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas Gabungan Perpaduan memenangi Pilihan Raya Negeri pada 2023.

Program itu terus mendapat sambutan positif dalam kalangan ibu bapa serta pemain industri berkaitan penjagaan kanak-kanak.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut meneruskan Program Iltizam Anak Selangor (ANAS) dengan peruntukan RM3 juta pada 2026 bagi memastikan kesinambungan sokongan kepada keluarga muda di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619