RM1 juta perkasa Jelajah Jobcare 2026, atasi isu pengangguran

14 Nov 2025, 12:52 PM
RM1 juta perkasa Jelajah Jobcare 2026, atasi isu pengangguran
RM1 juta perkasa Jelajah Jobcare 2026, atasi isu pengangguran
RM1 juta perkasa Jelajah Jobcare 2026, atasi isu pengangguran
RM1 juta perkasa Jelajah Jobcare 2026, atasi isu pengangguran
RM1 juta perkasa Jelajah Jobcare 2026, atasi isu pengangguran

SHAH ALAM, 14 NOV: Penganjuran Karnival Jelajah Jobcare tahun hadapan bakal ditambah baik termasuk melibatkan bantuan program pensijilan serta pembangunan kemahiran.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2026 berkata pihaknya memperuntuk RM1 juta bagi melaksanakan program yang dapat mengatasi isu pengangguran itu.

“Bagi mengatasi isu pengangguran, Kerajaan Negeri akan meneruskan penganjuran Karnival Kerjaya JobCare dengan bantuan tambahan program pensijilan serta pembangunan kemahiran di seluruh negeri. Untuk ini, RM1 juta akan diperuntukkan,” katanya.

Amirudin berkata pihaknya turut memainkan peranan aktif untuk membentuk industri elektrik dan elektronik termasuk semikonduktor dan peralatan pengangkutan, tenaga, digital, selain meneroka industri sains hayat pada masa depan.

Justeru, usaha pihaknya membangunkan Program Selangor Career Outreach (SCOUT) tahun ini akan menghubungkan pihak akademia, industri,

dan graduan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan di Selangor.

“Tahun ini, 260 pelajar kejuruteraan telah menerima manfaat menerusi dua siri yang dijalankan di Universiti Tunku Abdul Rahman pada 12 Ogos manakala Universiti Selangor pada 2 Oktober.

“SCOUT akan diteruskan pada tahun hadapan di universiti lain,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619