Projek Turapan Mega: Dana RM55 juta pastikan jalan negeri selamat dan selesa

14 Nov 2025, 10:35 AM
Projek Turapan Mega: Dana RM55 juta pastikan jalan negeri selamat dan selesa
Projek Turapan Mega: Dana RM55 juta pastikan jalan negeri selamat dan selesa
Projek Turapan Mega: Dana RM55 juta pastikan jalan negeri selamat dan selesa

SHAH ALAM, 14 NOV: Peruntukan Program Turapan Mega meningkat kepada RM55 juta, selaras tekad Kerajaan Negeri memastikan jalan raya seluruh Selangor lebih selamat, tahan lama dan selesa untuk semua pengguna.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri menggunakan sistem Tetulang Pratuang, teknologi dari Indonesia sebagai pendekatan inovatif dalam penyelenggaraan jalan.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor telah meneroka kaedah baharu yang lebih berkesan dan mampan dalam kerja-kerja penyelenggaraan, khususnya bagi kawasan tebing sungai dan mendapan permukaan jalan.

"Kaedah turapan sistem Tetulang Pratuang ini dijangka meningkatkan ketahanan jalan serta mengurangkan kos penyelenggaraan jangka panjang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026, hari ini.

Sebelum ini, Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM50 juta bagi projek yang merangkumi penyelenggaraan dan pelebaran jalan untuk meningkatkan kemudahan penduduk. Projek ini diteruskan berikutan rungutan rakyat mengenai kerosakan jalan yang menjejaskan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Pemilihan jalan untuk baik pulih dibuat berdasarkan aduan tertinggi orang awam melalui platform X dan aplikasi Infrasel, kendalian anak syarikat negeri, Infrasel Sdn Bhd.

Dalam pembentangan itu, Amirudin turut mengumumkan peruntukan RM74.35 juta untuk empat projek naik taraf jalan kritikal:

  • Jalan Bukit Rimau, Daerah Klang (Pakej 1) – RM14.5 juta

  • Jalan Negeri B148, Jalan Telok Gong (Persimpangan Glenmarie Cove – Persimpangan Jalan Ikan Tenggiri) – RM19.35 juta

  • Laluan B17 (Jalan Reko) – RM20.5 juta

  • Jalan B48, Simpang Tiga Jenderam – Pekan Sepang Lama – RM20 juta

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619