Peruntukan pendidikan tinggi meningkat, perkasa mahasiswa

14 Nov 2025, 10:29 AM
Peruntukan pendidikan tinggi meningkat, perkasa mahasiswa

SHAH ALAM, 14 NOV: Sebanyak RM35.72 juta diperuntuk bagi meneruskan Program Pendidikan Tinggi, tahun depan iaitu peningkatan RM11.52 juta berbanding tahun lalu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata dana itu meliputi Program Pembangunan Mahasiswa, Program Pemerkasaan Institusi Pendidikan Tinggi dan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).

"Pembangunan mahasiswa yang holistik amat penting bagi menyokong hala tuju Pembangunan Modal Insan dinamik dan melahirkan generasi masa depan yang mampu menjadi pemimpin negara.

"Mahasiswa kini berdepan dengan arus pembangunan dan medan pekerjaan yang semakin mencabar dan kompleks," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata Program Jerayawara Siswa KITASelangor dan Program Konvensyen Mahasiswa KITASelangor juga bakal diperluas ke peringkat antarabangsa seperti China, Jepun dan Korea.

Selain itu, katanya, Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) turut ditingkatkan kepada RM2.5 juta berbanding RM1.5 juta pada 2025 dan memanfaatkan hampir 500 hingga 600 pelajar.

Tambah beliau Baucar Buku KITASelangor juga diteruskan dengan peningkatan peruntukan RM2 juta dan memanfaatkan 10,000 mahasiswa berbanding RM400,000 (2,000 mahasiswa), tahun lalu.

"Tahun 2026 bakal menyaksikan penjenamaan semula Bandar Ilmu Putra Mahkota dengan peruntukan RM200,000.

"Bandar ilmu ini diharap menjadi bandar atau kawasan pembangunan yang dirancang dengan tumpuan terhadap pendidikan, penyelidikan, inovasi serta pembentukan masyarakat berilmu dan berakhlak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619