Dana RM2.5 juta lahirkan belia berfikiran kritis, berani

14 Nov 2025, 9:52 AM
Dana RM2.5 juta lahirkan belia berfikiran kritis, berani

SHAH ALAM, 14 NOV: Program Pencerahan Generasi Muda Selangor diperkenalkan dengan peruntukan RM2.5 juta bagi melahirkan generasi yang berfikiran kritis, berani dan merancakkan wacana intelektual.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata program itu bertujuan menekankan kepada pemahaman karya utama termasuk teks klasik dan kontemporari, menggalakkan aktiviti diskusi ilmiah serta penulisan kritis dalam kalangan anak muda.

"Pemantapan generasi muda menjadi keutamaan dalam pembangunan Selangor. Ini sebenarnya suatu bentuk pelaburan jangka panjang kepada negeri dan rakyat.

"Kelangsungan kemakmuran memerlukan perancangan strategik yang berupaya memperkasakan potensi generasi muda di negeri ini.

"Justeru, kita memerlukan generasi muda yang berfikiran kritis, berdaya saing, mempunyai tahap kecekalan luar biasa dan pada masa yang sama sahsiah yang terpuji," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026, hari ini.

Amirudin berkata program itu juga dirangka untuk menyokong fokus pembangunan Selangor dalam bidang seperti tenaga boleh diperbaharui, digitalisasi serta tema-tema yang selari dengan agenda kemampanan.

"Program ini dijangka menjadi platform penting dalam membentuk generasi muda yang bukan sahaja celik pengetahuan, tetapi turut mampu menyumbang idea bernas terhadap hala tuju masa depan negeri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619