Rizab negeri mengukuh, cecah RM4.83 bilion setakat November

14 Nov 2025, 9:20 AM
Rizab negeri mengukuh, cecah RM4.83 bilion setakat November

SHAH ALAM, 14 NOV: Kedudukan kewangan negeri terus kukuh dan stabil mencecah RM4.83 bilion setakat 12 November lalu, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata peningkatan sebanyak RM706.23 juta berbanding tahun lalu meliputi Akaun Hasil Disatukan (RM1.608 bilion) dan Akaun Amanah Disatukan (RM3.23 bilion).

Jelasnya, kaedah pengurusan berasaskan belanjawan terangkum dan sistematik menyumbang kepada prestasi itu meskipun situasi ekonomi dan ketidaktentuan geopolitik di peringkat global.

"Rizab negeri mula menunjukkan peningkatan pada 2018 dan sehingga kini, ia meningkat sebanyak RM2.70 bilion berbanding 2018," katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2026 hari ini.

Amirudin menambah Selangor merekodkan lebihan kewangan RM402.58 juta setakat ini, dengan belanja mengurus (RM1.28 bilion bersamaan 75.77 peratus) dan pembangunan (RM799.32 juta, 61.49 peratus).

"Kita menjangkakan prestasi keseluruhan belanja mengurus dan belanja pembangunan akan mencapai lebih 90 peratus secara purata sehingga 31 Disember 2025," jelas Amirudin.

Dalam tempoh sama tahun lalu, kedudukan rizab semasa negeri mencecah RM4.37 bilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619