Dana RM2.5 juta untuk teruskan program Selangor Saring

14 Nov 2025, 9:18 AM
Dana RM2.5 juta untuk teruskan program Selangor Saring

SHAH ALAM, 14 NOV: Sejumlah RM2.5 juta diperuntuk bagi meneruskan Program Selangor Saring dan Selangor Kanser, menyediakan kemudahan saringan kesihatan percuma kepada rakyat, kata Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari.

“Peruntukan ini memastikan rakyat terus mendapat akses kepada saringan kesihatan percuma, termasuk penyakit tidak berjangkit, kanser, mata, mulut, telinga, serta pemeriksaan fizikal dan mulut,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Program Selangor Saring merupakan inisiatif kesihatan negeri yang menawarkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengesan penyakit pada peringkat awal.

Antara pemeriksaan yang disediakan termasuk pemeriksaan fizikal, ujian darah dan air kencing, swab serviks, ujian prostat, mammogram, pemeriksaan mata, gigi, telinga, fisioterapi, serta ujian darah okult najis imunokimia (iFOBT). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit serius melalui pengesanan awal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619